Monday, April 11, 2011

sedikit info....

Allllooooooooooo haiiiii
alamak dah 11/4/2011....lamanya tak megapdet blog...malas bangat rasanya...lagi pn minggu lepeh beze  bebeno.. sibuk dengan Kempen Kesedaran Kanser bersama MAKNA (Cik Habiba penceramahnya)....,Ceramah Kesedaran & Keselamatan Rumah dan Isi Rumah anjuran bersama Takaful Msia...(Dr Kamal Affandi jd penceramahnya..yg selalu kuar tv tu..penganalisis jenayah tu..) hari jumaat pulak ada jamuan Perpisahan (En.sori..naik pangkat & bertukar) & dan sambutan hari jadi utk staff yg nyambut bday dr jan ~ april/2011.. 
awok tak de la nolong beno..tapi ade le sikit..kalau tak tolong nanti malu nak mkn....makanan dah le sedap...rugi oooo...macam2 ada...macam astro....

nak kongsi sikit info pasal kanser ni secara ringkas....
Setiap dari kita mempunyai 260 tisu badan, oleh itu kita berisiko untuk mendapat 260 jenis kanser. Antara kanser yang  biasa kita dengar dan selalu di bicara kan ada lah seperti berikut dan juga tanda-tanda awalnya...



1)kanser Pangkal Rahim
 -terdapat sebarang lelehan @ pendarahan yg luar biasa selain dati haid
 -sakit bila brsama pasangan
 -turun berat badan

2)Kanser Payu dara
 -Terdapat bengkak @ gumpalan di sekitar buah dada(tidak sakit)
 -Keluar lelehan dr puting
 -pembesaran kelenjar di ketiak
 -kedutan pada kulit buah dada @ seperti kulit buah limau manderin

3)Kanser Usus Besar
 -perubahan tabiat membuang air besar
 -Hilang berat badan
 -sakit dalam perut dan usus
 -berlaku pendarahan semada membuang air besar

4)Kanser Paru-Paru
 -batuk kuat yg berterusan
 -batuk berdarah
 -nafas termengah-mengah (cepat penat)
 -sakit dada
 -hilang berat badan

5)Kanser Perut
 -Hilang berat badan yg ketara
 -muntah berdarah
 -sistem pencernaan yabg tidak teratur
 -cepat kenyang walaupun makan sedikit

6)Kanser Limpa
 -salit di bahagian abdomen
 -hilang selera makan
 -kulit dan mata menjadi kuning
 -abdomen menjadi bengkak

7)Kanser Selviks(ovari)
 -haid tidak teratur
 -ketumbuhan keras di pangkal rahim
 -sakit ketika bersama pasangan
 -ketumbuhan bulu rerambut yg melampau
 -suara menjadi lebih mendalam(x paham ape kena -mengena dgn suara...sape tahu)

8)kanser Otak
 -sakit kepala yg berpanjangan
 -muntah-muntah
 -gangguan peglihatan
 -selalu pening @ pitam
 -pelupa
 -perubahan personaliti
 -lemah @ lumpuh

9)Kanser Prostat
 -sukar dan sakit ketika membuang air kecil
 -kerap kencing malam
 -Sakit yang berpanjangan

10)kanser Darah(Leukimia)
 -letih / pucat / 
 -mudah lebam-lebam
 -mudah mendapat efeksi

11)Kanser tekak
  -suara menjadi garau
  -ada ketumbuhan di tekak
  -sukar menelan makanan
  -kelenjar membengkak di leher

  10 Perkara Penyebab  kanser
  -makanan
  -tembakau
  -Alkohol
  -Radiasi
  -sinaran cahaya matahari 
  -pekerjaan
  -pemgambilan ubat tanpa arahan
  -pencemaran air & udara
  -perokok tegar & perokok yg tidak aktif
  -keturunan

  PENCEGAHAN
 -hindari makan berlemak & bergoreng
 -elakkan makanan segera
 -elakkan makanan yag masam (jeruk)
 -kurangkan minuman kopi & bergas
 -berhati-hati mengambil ubat (elakkan ubatan d tepi jalan & ikut dos yg dibenarkan oleh doktor)
 -ambil makan yg mengandungi vitamin E, B-6 dan evening primrose oil (ape ni?)
 -banyak kan makan sayur , ulam-ulam & buah-buahan
 -Bersenam
 -amalkan gaya hidup yang sihat


okay...tu je yang ude tau yang boleh kita kongsi bersama
Anda Buat Anda Dapat.....



 







No comments:

Post a Comment