Thursday, March 24, 2011

tahniah...

TAHNIAH
Ye..tahniah Ude ucapkan kepada semua calon2 SPM 2010 yaang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang semalam...9239 orang calon berjaya dgn cemerlang..Semua akbar hari ini mencerita kan kejayaan2 yang telah diperolehi oleh anak-anak kita..tak juga cerita sedih ibubapa yang mana anak nya tak sempat melihat keputusan mereka..seperti Allahyarham Muhammad Zulhaili yang meninggal ketika menjalani latihan PLKN di Kem Wawasan, Papar Sabah..Keputusan arwah sangat cemerlang dgn mendapat 6A 3B.. Saat tiba dipintu pagar sekolah lagi ibunya sudah berlinangan airmata...(sebak Ude..)

Bagi anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang..itu adalah satu hadiah buat ibubapa anda..juga buat guru2 anda...terutama diri anda sendiri...itu ada hasik dari usaha anda selama ini..tentunya ibubapa anda merasa bangga dgn ape yang anda perolehi...Ude juga berbangga kerana ada calon2 yang kurang upaya mendapat keputusan yg memang mengejutkan..seorang pelajar menghidap "hyperlexia" dari kecil, Muhammad Faiz mendapat 8A1B..bayangkan lah...

Tahniah juga kepada Shahira Najwa binti Mustapa..anak saudara ude kerana mendapat 7A 2B 1C...Ude tahu dia telah berusaha bersungguh2 dan sanggup mengorbankan segala aktiviti keluarga sebelum menghadapi peperiksaan..Ude sangat berbangga...

ni la angah najwa tu...

Tahniah juga kepada Sekolah Menengah Khir Johari Sungai Sumun Perak..kerana anak muridnya merupa kan pelajar cemerlang untuk seluruh negeri Perak(walau pun seorang)..semoga tahun ini akan bertambah lagi pelajar yang cemerlang..Ude adalah bekas pelajar SMKJ ini...turut merasa bangga..Tahniah juga untuk para gurunya..(termasuk cikgu yang Ude telah cerita kan pada entry yg lepas..)



Semoga semua kejayaan  ini akan memberi semangat kepada anak2 Ude yang akan menghadapi peperiksaan dimasa akan datang..
Ude hanya boleh memberi kata2 semangat dan dorongan diiringi dengan doa...segala usaha terletak kepada diri anda sendiri...

..........

DOA IBU

No comments:

Post a Comment